Kem KPerak Kidz

Kem KPerak Kidz Celik ICT

Saturday, June 21, 2008

Kem KPerak Kidz Celik ICT

Blog ini diwujudkan khas untuk program perkhemahan ini yang telah berlangsung selama 5 hari dan 4 malam di Kem Dato' Sagor, Kampung Gajah, Perak. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk memenuhi kehandak dan objektif kem tersebut dan pada saya, saya yakin objektif tersebut tercapai. Para fasilitator yang terlibat cemerlang dalam melaksanakan tugas masing - masing dan bijak mengatur suasana untuk pelajar - pelajar sekolah rendah yang datang dari pelbagai latar belakang.
Program ini dijalankan untuk pelajar sekolah rendah luar bandar dan orang asli Perak tetapi kali ini merupakan giliran daerah Kinta. Antara aktiviti - aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:
Hari pertama :
Pendaftaran dan taklimat di waktu petang, seterusnya ice breaking di waktu malam
Hari Kedua :
Pengenalan kepada PC
Pengenalan kepada Intenet dan E-mail
Open office.org - Draw
Motivas Keyakinan diri untuk murid dan menyiapkan Blog untuk guru - guru
hari ketiga :
Open office. org -Writer
Open office.org - Calc
Latihan dan ulangkaji
Motivasi komunikasi untuk murid dan menyiapkan blog untuk guru - guru
Hari ke -empat
Menyiapkan persembahan multimedia
Persembahan multimedia
Majlis makan - makan
Hari ke - lima
Explorace hijau
Majlis penutup
Secara keseluruhannya program ini berjalan dengan baik dan lancar. Guru pengiring telah memberi kerjasama dengan baik.